Saturday, May 23, 2009

Debat SMI Hidayah, Johor Bahru


















http://www.hidayah.edu.my/menengah/



Alhamdulillah, segala puji dan syukur hanya bagi Allah SWT yang telah menganugerahkan kemenangan (Johan: BM, Naib Johan: BI) buat para pendebat SMIH : BM dan BI dalam The 8th IIUM Interschool Debating Championship 2009 pada 24-29 April 2009, bertempat di Universiti Islam Antarabangsa. Syabas dan tahniah! buat semua pendebat dan guru-guru yang terlibat, Puan Norhawanis bt Samion, Cik Siti Faesa Mariam bt Musa, Cik Juhanita bt Jumaat. Teristimewa tahniah juga buat Puan Pengetua, Puan Hajjah Kamaliah bt Noordin yang turut sama turun padang memikul misi perjuangan ini. Setinggi-tinggi perhargaan dan tahniah juga buat Alumni SMIH yang turut membantu, semua guru-guru dan staf SMIH, dan seluruh warga Hidayah yang sentiasa mendoakan kemenangan ini. Semoga kemenangan ini menambahkan ketundukan hati-hati ini kepada Maha Pencipta yang kita sentiasa rindukan dan dambakan untuk bertemu denganNya. SMIH terus CEMERLANG, GEMILANG, TERBILANG! ALLAHUAKBAR

Tanganku membantu

Sumber daripada:

Cuaca petang itu baik. Redup dan tenang. Kami baru selesai beraktiviti. Kami selalu berusaha sekiranya aktiviti kami di Pusat Komuniti tersebut selesai dalam waktu ‘Asar, kami memilih untuk menunaikan fardhu ’Asar berjemaah di surau Taman Harmoni berbanding si Pusat Komuniti. Ada tiga hal yang mendorong keputusan tersebut. Pertama, kami perlu berjalan agak jauh untuk ke surau tersebut dan ini merupakan cara meraih ganjaran kerana setiap langkah ke tempat ibadah akan diberi ganjaran oleh Allah[asal ikhlas di hati]. Kedua, sebagai salah satu dakwah kepada masyarakat. Bukan senang untuk melihat orang-orang muda yang keluar untuk menunaikan solat di surau atau yang seumpama dengannya. Lebih-lebih lagi solat ’Asar. Jadi, itu merupakan tanggungjawab kami. Ketiga, untuk mengenali masyarakat di situ. Yalah, kerap juga kami beraktiviti di Pusat Komuniti tersebut, masyarakat di sekitar tentu tertanya-tanya siapakah kami? Itukan akhlak Islami untuk memperkenalkan diri agar tidak merisaukan atau membimbangkan masyarakat sekeliling.


Petang itu kami sedikit terlewat. Jam menunjukkan 5.15 petang. Ketika jemaah lain telahpun keluar daripada surau, kami masih belum sampai lagi. Dalam perjalanan ke surau, saya melihat ada seorang kanak-kanak dalam lingkungan usia seorang pelajar sekolah rendah sedang menunggang basikal. Badannya agak besar dan dia memakai baju warna kuning dan seluar pendek hitam. Suara hati ini tergerak untuk menegur lalu saya menegur dia.


Saya: Assalamualaikum dik.

Dia : Waalaikumussalam.Saya : Adik tinggal kat sini ke?

Dia : ya. Abang nak ke mana?

Saya : Ooh, kami nak ke surau. Adik tahu tak surau kat mana?(sengaja bertanyaWalaupun sudah beberapa kali ke surau tersebut)

Dia : Tahu, kat jalan Harmoni 6. Tapi kalau lalu jalan Harmoni 5 boleh juga. Surau tukat tengah-tengah.

Saya : Kat mana tu? Boleh adik tolong tunjukkan tak?

Dia : Boleh je....

Adik itu pon menjadi tour guide kami.


Saya: Terima kasih ye dik sebab tunjukkan jalan..Baik adik ni.

Dia : Takpe..takpe

Saya : Adik dah solat ’Asar? Kalau belum jomla ikut abang sekali solat.

Dia: Belum lagi. Boleh juga, tapi adik kena tukar seluar dulu. Mana bolehSolat pakai seluar pendek.

Saya : Rumah adik dekat kan? Adik pergi tukar seluar dulu. Abang tunggu di surau. Nantikita solat sama-sama.


Dia pun pulang ke rumahnya dan kembali semula ke surau setelah menukar pakaiannya. Saya memikirkan kehidupan adik yang seorang ini. Kenapa dia masih belum menunaikan solat lagi. Takkan tiada orang di rumahnya yang mengingatkan dia untuk solat. Mana abang dan kakaknya untuk mengingatkan dia? Adik yang masih kecil ini mempunyai potensi yang besar untuk menjadi muslim yang baik. Cuma dia memerlukan seseorang untuk menghulurkan tangan membimbingnya dan pasti bukan seorang sahaja yang seperti adik ini, masih ramai lagi yang sepertinya, menunggu mereka yang sanggup menghulurkan tangan membimbing mereka. Adakah anda salah seorang daripada mereka yang menghulurkan tangan? Ataupun anda merupakan orang yang pertama sekali menjauhkan tangan anda daripada mereka?

Thursday, May 21, 2009

Ingatkan kami




Tolong ingatkan saya


Andai saya terlupakan Allah


Dalam kelapangan dan kesibukan


Dalam kesenangan dan kesusahan




Tolong ingatkan saya


Jangan jadi anak derhaka


Jangan lupakan umi dan ayah


Jangan lukakan perasaan mereka




Tolong ingatkan saya


Supaya ingat pesan guru


Bukan sekadar peringatan


Tapi itulah tarbiyah


ingatkan sayaBaca dan dengarlah alQuran


Tika mp3 menjadi halwa


Tika tv jadi hiburan




Tolong ingatkan saya


Bahawa saya adalah Muslimah


Jika saya mendedahkan


pakaian disingkat atau diketat




Tolong ingatkan saya


Jadilah sahabat yang baik


Sentiasa memberi peringatan


Sentiasa menerima teguran




Tolong ingatkan saya


Bercinta hanya kepadaNya


Bercinta hanya untuk redhaNya


Moga cinta dihindari syaitan




Tolong ingatkan


Bahawa saya adalah Daie


Sentiasa berkerja keranaNya


Untuk Islam yang tercinta




Tolong ingatkan saya


Andai saya lupa hidup ini sebuah kembara


Kerana saya juga seperti


merasa nikmat Syurga!

Al-Quds


Apabila Israel melancarkan serangan teramat biadap ke atas Gaza pada penghujung bulan Disember 2008 dan berakhir pada 23 Januari 2009, seluruh dunia amat terkejut dan bangkit membuat bantahan yang terbesar pernah disaksikan. Bantahan dan kemarahan ini tiba-tiba reda dan berakhir apabila Israel menghentikan operasi 'Cast lead'nya di Gaza. Meskipun media masih memberi liputan tentang kemusnahan dan penderitaan rakyat Gaza terutama pendirian Mesir yang terus menutup sempadan dan menyekat rakyat Gaza yang tercedera menyeberang di sempadan Rafah untuk mendapat rawatan, namun tumpuan kepada isu ini dalam media antarabangsa hanya bertahan sekitar dua minggu sebelum ia dilupakan samasekali.


Kini isu Gaza bahkan isu Palestin kembali kepada status qou iaitu satu konflik yang berpanjangan sejak 1948 tanpa menunjukkan sebarang petanda ia dapat diselesaikan dalam masa beberapa tahun bahkan beberapa dekad akan datang. Realiti inilah yang mungkin menjadikan tumpuan terhadap isu ini turun dan naik seiring dengan insiden serangan besar-besaran atau pencerobohan regim Israel ke atas mana-mana wilayah Palestin dari masa ke semasa.Kebetulan bulan Mei ini genaplah ulangtahun peristiwa Nakbah yang ke 61. Peristiwa Nakbah atau 'Malapetaka besar' dalam Bahasa Arab secara rasminya diingati pada 15 Mei setiap tahun. Ia merujuk kepada pengistiharan Negara haram Israel pada 15 Mei atau disambut di Israel sebagai 'Hari Kemerdekaan' Israel setelah mereka memenangi peperangan 'War of Independence' (Peperangan bagi memperoleh kemerdekaan) ke atas wilayah Palestin yang mereka rampas dan kuasai dengan cara-cara penuh biadap dan kebinatangan.


Apa yang berlaku, Negara Israel yang diistiharkan pada 15 Mei 1948 itu adalah kemuncak kepada penderitaan rakyat Palestin yang diusir dan terdedah kepada aksi-aksi terorisme, gerombolan bersenjata Yahudi yang di bekalkan oleh penjajah British.. Maka peristiwa Nakbah merujuk kepada pengusiran 800,000 rakyat Palestin dari rumah dan kampong halaman mereka lalu mencari perlindungan di wilayah sempadan Syria,. Lubnan, Tebing Barat, Jordan dan Semenanjung Gaza.


Kini enam puluh satu tahun peristiwa Nakbah berlalu, namun penderitaan yang ditanggung oleh 800,000 pelarian asal kini diwarisi pula oleh tidak kurang 5 juta anak-anak dan cucu-cucu mereka. Bererti, selama enam puluh tahun mereka masih menunggu dengan penuh harapan bila mereka dibenarkan pulang ke rumah-rumah mereka di Palestin. Setidak-tidaknya mereka mengharapkan waris mereka mendapat hak untuk pulang ke tanah air demi memenuhi hasrat mereka yang tidak kesampaian kerana ajal telah menjemput mereka. Jika pahlawan kemanusiaan dan hak asasi manusia terulung diraikan oleh seluruh masyarakat antarabangsa iaitu Nelson Mandela kerana sanggup menanti 30 tahun di dalam penjara untuk mengembalikan hak dan kebebasan bangsa kulit hitam Afrika Selatan yang terbelenggu akibat Sistem Apatheid, maka pejuang dan rakyat Palestin yang mendiami khemah-khemah pelarian sejak enam puluh tahun lalu lebih wajar untuk dinobatkan sebagai pahlawan hak asasi yang tidak pernah mengenal erti putus asa dan kecewa.


Kini yang menjadi masalah dari kemelut kemanusiaan ini adalah sikap dan pendirian masyarakat antarabangsa. Seluruh Negara bangsa mempunyai pandangan umum yang dibentuk hasil dari prapoganda regim zionis Israel terhadap isu ini. Yang pertama, Israel mempunyai hak untuk wujud dan keselamatan Israel dari jiran-jirannya dan sebarang usaha yang dilihat boleh mengancam keselamatan Israel, walau sekecil manapun tidak boleh dibenarkan. Kedua, rakyat Palestin yang tidak mengiktiraf Israel dan menentang pendudukan Israel dilihat sebagai musuh kepada proses damai dan ancaman kepada keamanan di timur tengah dalam konteks yang lebih luas. Ketiga Israel punya hak untuk melaksanakan program keselamatannya termasuklah melancarkan 'pre-emptive' strike ke atas mana-mana sasaran di timur tengah untuk menjamin keselamatannya.Inilah cabaran terbesar yang perlu diatasi oleh masyarakat antarabangsa untuk mencabar pandangan umum yang amat berat sebelah dan memihak secara melulu kepada Israel. Kecelaruan berfikir ini digambarkan dengan baik sekali oleh Mahaguru ilmu Sejarah Barat yang bernama Arnold Toynbee di mana beliau mengatakan"Benar dan salah di Palestin adalah sama sebagaimana di tempat-tempat lain. Masaalahnya, dunia memilih untuk mendengar pihak yang melakukan kezaliman (Israel) dan memilih untuk memekakkan telinga dari mendengar dari pihak mangsa (rakyat Palestin)"Sesuai dengan pengamatan ini, adalah menjadi tanggungjawab masyarakat madani (civil society) untuk menilai isu ini secara objektif dan berdasarkan fakta. Isu ini tidak akan diselesaikan dengan menggunakan pendekatan memihak atau 'sektarianism' samada dari sudut keagamaan, kebangsaan atau politik kesukuan.


Seluruh dunia harus keluar dari melihat isu ini dari perspektif 'muslim' lawan 'yahudi' atau perebutan rakyat Palestin dan rakyat Israel ke atas satu wilayah di antara Laut Mediterranean dan Sungai Jordan, atau perebutan ke atas Baitul Maqdis yang menempatkan Haram al-Sharif dan Masjid al-Aqsa bagi muslim dan Jerusalem dan Temple Mount bagi Yahudi.Ia harus dilihat dari sudut undang-undang antarabangsa sebagaimana yang termaktub dalam piagam bangsa-bangsa Bersatu 1945, hak asasi sebagaimana yang dipertahankan oleh Deklarasi Hak Asasi Manusia 1948 dan Konvensyen Geneva ke IV, 1949. Jika diteliti tingkah-laku regim zionis semenjak ia berdiri sebagai sebuah entiti bernama Israel, maka jelas siapa yang melakukan pelanggaran undang-undang dan konvensyen antarabangsa.


Asas inilah yang digunakan dalam menilai tindak-tanduk Israel sejak 61 tahun yang lalu.Meskipun PBB telah meluluskan Resolusi 181 yang membenarkan 55% wilayah Palestin diserahkan kepada pendatang Yahudi, namun perlaksanaan resolusi ini tidak pernah mewajarkan pendudukan Israel ke atas 45% wilayah Palestin yang selebihnya iaitu Baitul Maqdis timur, Tebing barat dan Genting Gaza. Bahkan PBB telah meluluskan Resolusi 242 dan 338 supaya Israel berundur kembali ke garisan hijau yang dilakarkan oleh Rhodes Armistice pada tahun 1949. Ini bermakna Israel wajib keluar dari wilayah Palestin yang diduduki pada tahun 1967 dan tidak ada sebarang kewajaran sedikitpun untuk Israel menguasai wilayah tersebut. Juga PBB telah meluluskan Resolusi 194 pada tahun 1949 mengizinkan pelarian Palestin pulang. Apa yang berlaku kini ialah Israel bukan sahaja tidak akur kepada resolusi-resolusi utama ini (landmark resolutions) bahkan puluhan dan ratusan resolusi yang menegaskan kembali tentang hak rakyat Palestin, bahkan telah mencabul hak rakyat Palestin di wilayah yang diduduki pada tahun 1967 dengan mendirikan kawasan perumahan ekslusif untuk kaum yahudi di atas tanah rakyat Palestin, mengusir dan merampas tanah rakyat Palestin dan kini membina tembok pemisah dari utara ke selatan Tebing Barat dalam wilayah Palestin.


Kini setelah Hamas muncul sebagai juara memperjuangkan hak rakyat Palestin yang tertindas, regim zionis melaksanakan pula program mengepung Gaza dari semua arah dan menukarnya menjadi penjara terbesar di dunia. Apabila tirai 2008 berlabuh bermulalah serangan paling biadap ke atas Gaza yang tidak perlu lagi diulas kerana liputan media yang meluas.Dalam memperingati Nakbah pd bulan Mei 2009 ini, adalah amat penting bagi seluruh masyarakat antarabangsa mendedahkan hakikat sebenar di Palestin, supaya regim zionis tidak boleh lagi berselindung dan mempertahankan tindakan biadapnya atas alasan mempertahan 'hak' dan 'keselamatn' Israe


lProf. Madya Dr Hafidzi Mohd NoorPengarahPACEPalestine Centre of Excellence

18 Mei 2009

sumber : http://lambaian-islah.blogspot.com/

TERIMA KASIH GURUKU

Pagiku cerahku
Matahari bersinar
Ku gendong tas merahku
Di pundak

Selamat pagi semua
Ku nantikan dirimu
Di depan kelasmu
Menantikan kami…

Ulang:
Guruku tersayang guru tercinta
Tanpamu apa jadinya aku
Tak bisa baca tulis
Mengerti banyak hal
Guruku
Terima kasihku
Nyatanya dirimu
Kadang buat mu marah
Namun segala maaf kau berikan

http://www.youtube.com/watch?v=QM_m0SvmE7g&feature=related

Hari Guru

Laskar Pelangi adalah sebuah movie yg mmbawa mesej tntg pendidikan ank2 penting wlpon dilanda kemiskinan.Siapa yg x menonton anda lah org yg rugi.Drpd tgk cite Bohsia baik tgk cite nie.Mcm mane nk tgk cite nie??
Beli die kedai cd yg berdekatan dgn rmh anda.Mahal?Download je sndiri kt youtube, ape ssh.http://www.youtube.com/watch?v=nr4EzwAjXHI

Bnyk dpt BUNGA?Tanda guru HARUMKAN dunia.
Bnyk dpt PEN?Tanda guru MELAKAR kita
Bnyk dpt PEMADAM? Tanda guru MEMBETULKAN kesalahan kita
Bnyk dpt MESEJ?Tanda guru SENTIASA dalam ingatan
Bnyk dpt COKLAT?Tanda guru suka DIDAMPINGI
Bnyk dpt CEMUHAN?Tanda guru insan yang PENYABAR dan PENYAYANG.

Guru memang bijak melakar kita.membetulkan kesalahan kita.menyayangi kita.mengajar kita dan mendidik kita dengan sepenuh kasih sayang.Mereka mencurahkan ilmu kepada kita dengan belbagai jenis ilmu.Ilmu dunia, akhirat,agama,ibadat, sosial dan tak jemu memberi nasihat kepada kita.Tanpa guru siapalah kita.

My Family




SamZaiFamily terdiri drpd 5 org iaitu
  1. Samsulkamal..ayah (yg pkai kopiah tu)
  2. Zailila..ibu(tdg purple)
  3. Noor Syamila..kak long(tdg oren)
  4. Noor Sakinah..kak ngah(bertdg hitam)
  5. Afif..adik(yg tgh mnum air)

tak ar besar mane.family kecil-kecilan.cukup ar nnti bsr sngt x sggop nk jage.bile rmai sngt nnti muflis bapak aq.hahaha.

Saya selaku yg sulung baru sahaja menamatkan persekolahan di sekolah kesayanganku iaitu Sek Men Islam Hidayah, Johor Bahru.Insya Allah pada hari sabtu nie akan melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya dalam bidang Asasi Sains Fizikal.Doakan sayasemoga mampu menjalani kehidupan di sana sebagai seorang pelajar dan daie insyaAllah.

Adik kedua saya Sakinah masih menuntut di SMI Hidayah, Johor di Ting 4 Ittihad dalam aliran sains.Adik saya yang ketiga a.k.a yg last masih lagi di bangku sekolah rendah iaitu Sekolah Kebangsaan Datuk Usman Awang, Kota Tinggi.
Ibu dan ayah saya sebagai guru di Sekolah Menengah Teknik Kota Tinggi.Ibu saya sebagaiguru media dan mengajar subjek Electric and Electronic Engineering.Ayah saya pula sebagai sebagai gr setiausaha peperiksaan dan mengajar subjek Civil Engineering.Wlpn kerja cikgu je, tp penat mendidik anak murid MasyaAllah tak terkata.So di sini saya nak mengucapkan Selamat Hari Guru buat ibu bapa saya.







Wednesday, May 20, 2009

Holiday Trip

DIARY HOLIDAY TRIP
PART 1

14 Desember 2008
..Kami bertolak dari LCCT KLIA mengambil penerbangan AIRASIA
..tiba di Lapangan Terbang Kota Kinabalu Sabah
..menginap di Bngunn Tbg Haji..sbb murah
..berehat untuk trip esok

15 Desember 2008
..menyewa kereta untuk ke Kinabalu Park
..di kaki gunung Kinabalu
..dlm Kinabalu Park kteorg ke kaki gng
..naik smpai tggi
..makin lame makin seram
..sbb x de org
..sejuk plak tu.bekabos
..spnjg prjlnn ke kaki gng ade paip
..air gng..pehhh,,,sejuk gle
..masyaAllah indah sungguh pemandangan disepanjang perjalann
..tp yg mencacatkan nya ialah setiap satu km mesti ade signboard gereja
..pastu kiteorg tido di Rose Cabin, Kundasang
..ish2 sejuk gile
..macam nk tyamum je ambek wudu'
..mmg bnyk gler rose kat situ
..best tau

16 Desember 2008
..bgn pg2 sejuk2
..pstu nak ke pekan kundasang
..otw kteorg begamba kt tepi jalan
..jakon kabus
..mmg ade rmai org lain ambek gmba trun kete
..same2 jakon
..kt pekan kundasang kteorg tgok2 ar org jual sayur segar
..mmg bnyk gile
..tp mahal masyaAllah
..kteorg beli babytomato
..pastu beli mknn tradisional diorg
..bacang dijerukkan
..satu lg bunga kantan jeruk dln cuke
..eiii..x bape sedap sngt ar
..pastu jalan2 psg smpai berasap enjin nak naik gng
..pstu melawt pst latihan islm, jakim
..tgk dr luar je
..pastu kteorg keJeti Jeselton
..tok ke Labuan
..best ar tido dlm feri
..penat bejalan seharian
..3 jam setengah tu
..lame beb siap psg cd bleh tukar cd baru
..smpai kt jeti labuan kteorg cari teksi nk pegi hotel yg da di booking
..skali teksi kte limit 4 org
..kteorg 5 .so jln kaki da
..10 minit da bepeluh2 smpai akhirhye di Hotel Mariner
..pastu kteorg berehat

SAMBONG TAUN DEPAN

BigFamily


assalamualaikum

Perhatian...

Ini adalah blog rasmi keluarga Samzai.
Mesti pelikkan kenapa jadi samzai

Samsulkamal
Zailila

Samzai la jadi nye
sebagai permulaan
saya cerita sedikit sebanyak keluarga besar saya
Kalau keluarga sebelah ayah, saya la cucu sulung
sebab ayah kawin dulu(kuang3) drpd
abg2 nya
Kalau sebelah ibu saya, saya antara yang terkecil
sebab ibu anak ke.....cube teke
nenek saya siap ade cicit dan cicit nenek saya dah ade anak
ape name die ntah
lepas cicit ape??
cicak ke
ntah ar


ADIK BERADIK AYAH

salehuddin(paklong)

ahmad shah(pakngah)

samsulkamal(ayah)

kamariah(makcik)

munir syah(pakusu)




pehhh...adik beradik ibu

lenguh nak tulis


ADIK BERADIK IBU

arwah zainab

arwah zainah

zainon

zainal

zaidon

zabedah

zailani

zahrah

arwah zaleha

zaharuddin(meniggal mase kecil)

zaiton(mama)

zailila(ibu)

napsiah(anak angkat)

harun (lain ibu)



nie la sedikit sebanyak tentang keluarga besar kami
dalam gambar tu ade 2 2 nenek saye
yang macam dah kerepot tu diorang la
hahahahahahaha