Friday, July 22, 2011

My Home Deco

slm sume.
kali nie entry pasal rumah ku yang serba serbi sederhana.
tapi ibuku wat English style.
ad certain perabot or brg2, ayat buat sndri.homemade and handmade.heee :)
hmm..jom tgok gambar-gambar





 ayah buat sndri dan cat sendiri.
lokasi: belakang rumah



HASILNYA...

 rak atau perabot untuk hiasan bersize besaww...


tempat meletakkan kunci...


 rak nie bukan ayah buat la.ayah beli..perhiasan2 kami bru sahaja beli di JJ Melaka dekat dgn Melaka Sentral







yang nie pun ayah buat sendiri.tapi tak twu nk letak kat mne.belum decide lagi :)

Thanks a lot to ayah. Dengan kekretifan ayah, dan semangat yang ada, kami mampu berjimat dari membeli perabot atau rak-rak dirumah. :)
SAYA SAYANG AYAH SAYA.

Solat.indah nya Islam

slm sume.
Firstly, aku kagum dengan sesiapa yang mmpu buat seperti dlm video di bawah.Alangkah indahnya andai Islam di praktikkn begini skali




Solat Sebagai Asas Disiplin Hidup


Membanyakkan solat mudah, tapi menjiwai solat amat susah sekali. Bagaimana solat yang dijiwai mendisiplinkan kehidupan?

Di antara beberapa faktor penting yang menentukan kejayaan di dalam sesuatu usaha adalah sebagai berikut :

1. Ketepatan waktu
إِنَّ ٱلصَّلَوٰةَ كَانَتۡ عَلَى ٱلۡمُؤۡمِنِينَ كِتَـٰبً۬ا مَّوۡقُوتً۬ا

2. Ketepatan janji

قُلۡ إِنَّ صَلَاتِى وَنُسُكِى وَمَحۡيَاىَ وَمَمَاتِى لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ
Katakanlah: "Sesungguhnya solatku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. (Al-An'aam 6:162)

3. Jujur dan amanah

Ibadah solat ini hanya melibatkan manusia dengan Tuhan. Hanya Tuhan yang menjadi saksi akan perbuatannya itu.Rasulullah ﷺ bersabda: “Ihsan itu ialah kamu beribadat (menyembah Allah) seolah-olah kamu melihat-Nya sekiranya kamu tidak dapat melihat-Nya, maka (yakinlah) Allah tetap melihatmu.” (Muslim) Orang yang tetap mengerjakan solat baik di tempat ramai mahupun sendirian ertinya ia jujur pada dirinya dan Allah.

قَدۡ أَفۡلَحَ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ ٱلَّذِينَ هُمۡ فِى صَلَاتِہِمۡ خَـٰشِعُونَ
"Sesungguhnya kemenangan bagi orang mukmin yang khusyuk di dalam solat." (Al Mukminun:23:1-2)
Kemenangan yang dimaksud adalah kejayaan dunia dan akhirat. Anak kunci kejayaan telah tersedia. Inilah peluang untuk kita merebutnya. Oleh itu marilah sama-sama memahami, melaksanakan dan mengemaskan solat serta tuntutannya untuk menjamin kejayaan hidup dunia dan akhirat.

artikle di rembat dr cnie