Thursday, November 12, 2009

Al-Mulk 13-14...takda rahsia lagi

Allah mengetahui seluruh setiap apa yang ada dalam hati manusia. Allah mencabar manusia dalam ayat ke-13, kerana Dialah yang menciptakan jiwa manusia maka Dia Maha Mengetahui segala pintu-pintu yang tersembunyi.

"Dan rahsiakanlah percakapan kamu atau ucapkanlah dengan lantang dan terus terang. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala isi dalam dada manusia" - 13

"Masakan Tuhan yang telah menciptakan (manusia) tidak mengetahui (rahsia hati mereka)? Sedangkan Dia Maha Halus (dalam segala hal) dan Maha Pakar" - 14

Rahsia atau tak rahsia, Dia tetap tahu. Malah lebih dari tahu. Bahkan Dia sendiri yang menciptakan. Masakan si jurutera mesin tak tahu tentang mesinnya? Allah, lebih dari itu.

Ilmu Allah, menjangkaui segala yang halus, tersembunyi, kecil dan terlindung. Pasti, tak ada rahsia langsung!

Malahan..

Orang-orang yang cuba berselindung dari Allah dengan menyembunyikan sesuatu gerak-geri atau sesuatu rahsia atau sesuatu niat didalam hati adalah manusia-manusia yang lucu, kerana hati dimana mereka sembunyikan niat mereka itu sendiri adalah dari ciptaan Allah.

Sahabat, antara kita dengan Allah, memang tak ada rahsia. Tak ada halangan. Dia tahu segalanya tentang kita. Mohonlah keampunan serta petunjuk dariNya selalu agar kita menjadi orang yang beruntung.

renungan..

Wahai gadis,

Berpakaianlah bukan kerana hendak menjaga kehormatan, bukan juga menutup segala kekurangan atau kelebihan diri, tidak juga kerana takut dipandang asing oleh kebanyakkan orang, tetapi berpakaianlah kerana Allah.

Buktikanlah keimanan itu dengan taat pada perintahNya. Berbanggalah dengan kesederhanaan diri mu dan juga dengan kemuliaan Islam mu.

Jadilah teladan akhlak yang mulia dengan segala kesopanan mu. Biar lemah-lembut mu menjadi perisai dan tegas mu menjadi senjata dalam melalui kehidupan ini.

Buktikanlah, anda seorang muslimah yang mencintai keluhuran dan harga diri.

Selamat berjuang gadis.