Saturday, October 3, 2009

Uni Malaya

dpn bilik tutorial
pkai bju rye...

jnji ngan dak2 tutorial


sob....sob...

Waktu bersama kelahiran seorang bayi dihiasi tangisan. Nyaring berkumandang menghiasi telinga si ibu. Merekah tersenyum hatinya gembira, penawar sakit dan lesu pejuangannya dengan maut. Lalu mulailah sebuah kehidupan yang baharu di dunia ini dengan lambakan risiko pahit dan kejam kehidupan ini, bercucurkan darah dan titisan air mata.
Air mata adakalanya penyubur hati, penawar duka. Adakalanya buih kekecewaan yang menhimpit perasaan dan kehidupan. Air mata seseorang manusia hanyalah umpama air kotor di perlimpahan. Namun setitis air mata yang jatuh kerana takut kepada Allah persis permata indah gemerlap terpancar dari segala arah dan penjuru. Penghuni Syurga ialah mereka yang banyak mencucurkan air mata demi Allah dan Rasul-Nya bukan semata - mata kerana harta dan pangkat dunia.Pencinta dunia menangis kerana dunia yang hilang. Perindu akhirat menangis kerana dunia yang datang. Alangkah sempitnya kuburku, keluh seorang batil. Alangkah sedikitnya hartaku, kesal si hartawan, pemuja dunia.Dari mata yang mengitai setiap kemewahan yang mulus penuh rakus, mengalirlah air kekecewaan kegagalan. Dari mata yang redup merenung Hari Akhirat yang dirasakan dekat, mengalir air mata keinsafan berharap akan kemenangan, serta rindu akan Rasul-Nya.
Penghuni Syurga itulah orang - orang yang menang..
(Al - Hasyr : 20)Tangisan adalah basahan hidup. Justeru: Hidup dimulakan dengan tangisan, dicela oleh tangisan dan diakhiri dengan tangisan.Manusia sentiasa dalam dua tangisan.
Sabda Rasulullah S.A.W,
Ada dua titisan yang ALLAH cintai, pertama titisan darah para Syuhada dan titisan air mata yang jatuh kerana takutkan Allah..Nabi Muhammad S.A.W bersabda lagi,
Tangisan seorang pendosa lebih Allah cintai daripada tasbih seorang wali..Oleh karena itu berhati-hatilah dalam tangisan, kerana ada tangisan yang akan mengakibatkan diri menangis lebih lama sepanjang masa dan ada juga tangisan yang membawa bahagia untuk selama-lamanya. Seorang pendosa yang menangis kerana dosa adalah lebih baik daripada seorang 'abid yang berangan-angan tentang Syurga mana kelak ia akan bertakhta.
Nabi S.A.W bersabda,
Kejahatan yang diiringi oleh rasa sedih, lebih Allah sukai dari suatu kebaikan yang menimbulkan rasa takabbur..Ketawa..
Ketawa yang berlebihan tanda lalai dan kejahilan. Ketawa seorang ulama, hilang ilmu, hilang wibawanya. Ketawa seorang jahil, semakin keras hati dan perasaannya.Nabi Muhammad S.A.W bersabda,
Jika kamu tahu apa yang aku tahu nescaya kamu banyak menangis dan sedikit ketawa..Seorang hukama pernah bersyair,
Aku heran dan terperanjat,melihat orang ketawa kerana perkara-perkara yang akan menyusahkan lebih banyak daripada perkara yang menyenangkan..Para salafussoleh menangis walau banyak amalannya, takut-takut tidak diterima ibadahnya, namun bagaimana dengan kita, kita hanya ketawa walaupun sedar diri kosong daripada amalan.
Lupakah kita...???Nabi S.A.W pernah bersabda,
Siapa yang berbuat dosa dalam ketawa, akan dicampakkan ke neraka dalam menangis..Kita sentiasa gembira jika apa yang kita idamkan tercapai. Kita menangis kalau apa yang kita cita-citakan terabai. Nikmat disambut ria, kedukaan menjemput duka.
Namun, Allah S.W.T telah berfirman,
Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, pada hal ianya amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui..
(Al - Baqarah : 216)
Bukankah Nabi kita pernah bersabda,
Neraka dipagari nikmat, syurga dipagari bala..Menangislah wahai diri, agar senyumanmu banyak di kemudian hari. Kerana engkau belum tahu, nasibmu dihisab kanan atau dihisab kiri. Di sana, lembaran sejarahmu dibuka satu persatu, menyemarakkan rasa malu berabad-abad lamanya bergantung kepada syafa'at Rasulullah S.A.W. Kenangilah, sungai-sungai yang mengalir itu banjiran air mata Nabi Adam yang menangis bertaubat, maka suburlah dan sejahteralah bumi kerana diterima taubatnya.
Menangislah seperti Saidina Umar yang selalu memukul dirinya seraya berkata,
Kalau semua masuk ke dalam syurga kecuali seorang, aku takut akulah orang itu..Menangislah sebagaimana Ummu Sulaim apabila ditanya,
Kenapa engkau menangis?Aku tidak mempunyai anak lagi untuk saya kirimkan berjuang ke medan Perang..
Menangislah sebagaimana Ghazwan yang tidak sengaja terpandang wanita rupawan. Diharamkan matanya dari memandang ke langit seumur hidup, lalu berkata,"
Sesungguhnya engkau mencari kesusahan dengan pandangan itu..Ibnu Masud r.a.berkata,
Seorang yang mengerti Al-Qur'an dikenali waktu malam ketika orang lain sedang lenak tidur, dan waktu siangnya ketika orang lain tidak berpuasa, sedihnya ketika orang lain sedang bergembira dan tangisnya di waktu orang lain tertawa. Diamnya di waktu orang lain berbicara, khusuknya di waktu orang lain berbangga. Seharusnya orang yang mengerti Al-Qur'an itu tenang, lunak dan tidak boleh menjadi seorang yang keras, kejam, lalai, bersuara keras dan marah..Tanyailah orang-orang soleh mengapa dia tidak berhibur,
Bagaimana hendak bergembira sedangkan mati itu di belakang kami, kubur di hadapan kami, kiamat itu janji kami, neraka itu memburu kami dan perhentian kami ialah Allah S.W.T..Menangislah saudara saudari di sini, sebelum kita menangis di sana..
WaLlahu a'lam..