Wednesday, November 3, 2010

Ibu Bapa

Bila ibu kata dia teringat, kita jawab kita sibuk sangat..
Bila ayah kata dia rindu, kita jawab nantilah hujung minggu...
Bila ibu minta kita pulang, kita jawab kita belum lapang...
Bila ayah minta kita singgah, kita jawab kerja kita belum sudah...


Bila hati ibu kita terguris, kita kata.. "Mak memang tak pernah faham."
Bila hati ayah kita terhiris, kita kata.. "Ayah memang tak ambil kisah."

TETAPI...

Bila hati ibu kita terguris, ibu cakap..."Takpa dia masih muda"
Bila hati ayah kita terhiris, ayah kita cakap... "Tak mengapa..belum sampai akalnya."

Bila kita menangis tanda lapar, ibu berlari bagai hilang kaki...
Bila kita merintih tanda derita, ayah bersengkang mata bagai tiada lena...

Bila kita sedih kerana gagal, mak setia memberikan cekal...
Bila kita pilu kerana kecewa, ayah teguh berkata dia tetap bangga..



"..Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa."
[Hadia Riwayat At-Tirmizi]

6 comments:

  1. aq pon weyh..aq nk balek esok ah gnie...
    thn !!

    ReplyDelete
  2. rasa nak menangis baca.

    syukran mila kongsi

    ReplyDelete
  3. afwan...nie pon mila petik dri bku y nadhirah hadiahkan :)

    ReplyDelete