Friday, July 23, 2010

SMIH Johan Debat Antarabangsa 2010



Pasukan debat BM SMIH telah berjaya merangkul juara dalam 2nd International Students' Debate Competition 2010 setelah menumpaskan pasukan debat yang terkenal kejaguhan dalam sejarah debat tanahair, Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS). Pertandingan telah dianjurkan 8-11 Julai 2010 bertempat di Hotel Putra, Kuala Lumpur.

Dua lagi pasukan debat SMIH iaitu Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab masing-masing telah mendapat Naib Johan dalam pertandingan peringkat akhir yang penuh sengit. Pasukan BI telah tewas kepada johan bertahan, SRI Ayesha (Bangi), manakala pasukan BA telah tewas di tangan pasukan KISAS.

2nd International Students' Debate Competition 2010 ini adalah anjuran Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM), Musleh Bhd (MUSLEH), International Islamic University Malaysia (UIA) dan International Centre for Educational Excellence Berhad (ICEF).

Pada tahun ini, seramai 158 orang peserta telah menyertai pertandingan mewakili 40 kumpulan termasuk 2 dari Indonesia.

Majlis penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Setiausaha Dewan Negara Parlimen Malaysia, Yg Berbahagia Datuk Zamami Hj Sulaiman. Semasa ucapan penutup, beliau telah melahirkan rasa bangga dan kagum dengan kualiti perbahasan yang ditunjukkan. Beliau juga mencadangkan agar tahun depan, pertandingan perbahasan dibuat di Dewan Negara.

Beberapa komen dari guru-guru pengiring sekolah berasrama penuh juga menyatakan kekagumannya mereka kepada pendebat-pendebat SMIH. Lebih mengkagumkan lagi adalah mereka dari sekolah harian, bukan sekolah berasrama penuh. Mereka juga mengakui bahawa standard perbahasan amat baik sekali.

Pasukan debat BM telah menerima trofi dan hadiah kemenangan selaku juara.

Tahniah kepada pendebat, guru-guru, pembimbing dan semua warga Hidayah.


No comments:

Post a Comment