Saturday, October 3, 2009
sob....sob...
Air mata adakalanya penyubur hati, penawar duka. Adakalanya buih kekecewaan yang menhimpit perasaan dan kehidupan. Air mata seseorang manusia hanyalah umpama air kotor di perlimpahan. Namun setitis air mata yang jatuh kerana takut kepada Allah persis permata indah gemerlap terpancar dari segala arah dan penjuru. Penghuni Syurga ialah mereka yang banyak mencucurkan air mata demi Allah dan Rasul-Nya bukan semata - mata kerana harta dan pangkat dunia.Pencinta dunia menangis kerana dunia yang hilang. Perindu akhirat menangis kerana dunia yang datang. Alangkah sempitnya kuburku, keluh seorang batil. Alangkah sedikitnya hartaku, kesal si hartawan, pemuja dunia.Dari mata yang mengitai setiap kemewahan yang mulus penuh rakus, mengalirlah air kekecewaan kegagalan. Dari mata yang redup merenung Hari Akhirat yang dirasakan dekat, mengalir air mata keinsafan berharap akan kemenangan, serta rindu akan Rasul-Nya.
Penghuni Syurga itulah orang - orang yang menang..
(Al - Hasyr : 20)Tangisan adalah basahan hidup. Justeru: Hidup dimulakan dengan tangisan, dicela oleh tangisan dan diakhiri dengan tangisan.Manusia sentiasa dalam dua tangisan.
Sabda Rasulullah S.A.W,
Ada dua titisan yang ALLAH cintai, pertama titisan darah para Syuhada dan titisan air mata yang jatuh kerana takutkan Allah..Nabi Muhammad S.A.W bersabda lagi,
Tangisan seorang pendosa lebih Allah cintai daripada tasbih seorang wali..Oleh karena itu berhati-hatilah dalam tangisan, kerana ada tangisan yang akan mengakibatkan diri menangis lebih lama sepanjang masa dan ada juga tangisan yang membawa bahagia untuk selama-lamanya. Seorang pendosa yang menangis kerana dosa adalah lebih baik daripada seorang 'abid yang berangan-angan tentang Syurga mana kelak ia akan bertakhta.
Nabi S.A.W bersabda,
Kejahatan yang diiringi oleh rasa sedih, lebih Allah sukai dari suatu kebaikan yang menimbulkan rasa takabbur..Ketawa..
Ketawa yang berlebihan tanda lalai dan kejahilan. Ketawa seorang ulama, hilang ilmu, hilang wibawanya. Ketawa seorang jahil, semakin keras hati dan perasaannya.Nabi Muhammad S.A.W bersabda,
Jika kamu tahu apa yang aku tahu nescaya kamu banyak menangis dan sedikit ketawa..Seorang hukama pernah bersyair,
Aku heran dan terperanjat,melihat orang ketawa kerana perkara-perkara yang akan menyusahkan lebih banyak daripada perkara yang menyenangkan..Para salafussoleh menangis walau banyak amalannya, takut-takut tidak diterima ibadahnya, namun bagaimana dengan kita, kita hanya ketawa walaupun sedar diri kosong daripada amalan.
Lupakah kita...???Nabi S.A.W pernah bersabda,
Siapa yang berbuat dosa dalam ketawa, akan dicampakkan ke neraka dalam menangis..Kita sentiasa gembira jika apa yang kita idamkan tercapai. Kita menangis kalau apa yang kita cita-citakan terabai. Nikmat disambut ria, kedukaan menjemput duka.
Namun, Allah S.W.T telah berfirman,
Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, pada hal ianya amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui..
(Al - Baqarah : 216)
Bukankah Nabi kita pernah bersabda,
Neraka dipagari nikmat, syurga dipagari bala..Menangislah wahai diri, agar senyumanmu banyak di kemudian hari. Kerana engkau belum tahu, nasibmu dihisab kanan atau dihisab kiri. Di sana, lembaran sejarahmu dibuka satu persatu, menyemarakkan rasa malu berabad-abad lamanya bergantung kepada syafa'at Rasulullah S.A.W. Kenangilah, sungai-sungai yang mengalir itu banjiran air mata Nabi Adam yang menangis bertaubat, maka suburlah dan sejahteralah bumi kerana diterima taubatnya.
Menangislah seperti Saidina Umar yang selalu memukul dirinya seraya berkata,
Kalau semua masuk ke dalam syurga kecuali seorang, aku takut akulah orang itu..Menangislah sebagaimana Ummu Sulaim apabila ditanya,
Kenapa engkau menangis?Aku tidak mempunyai anak lagi untuk saya kirimkan berjuang ke medan Perang..
Menangislah sebagaimana Ghazwan yang tidak sengaja terpandang wanita rupawan. Diharamkan matanya dari memandang ke langit seumur hidup, lalu berkata,"
Sesungguhnya engkau mencari kesusahan dengan pandangan itu..Ibnu Masud r.a.berkata,
Seorang yang mengerti Al-Qur'an dikenali waktu malam ketika orang lain sedang lenak tidur, dan waktu siangnya ketika orang lain tidak berpuasa, sedihnya ketika orang lain sedang bergembira dan tangisnya di waktu orang lain tertawa. Diamnya di waktu orang lain berbicara, khusuknya di waktu orang lain berbangga. Seharusnya orang yang mengerti Al-Qur'an itu tenang, lunak dan tidak boleh menjadi seorang yang keras, kejam, lalai, bersuara keras dan marah..Tanyailah orang-orang soleh mengapa dia tidak berhibur,
Bagaimana hendak bergembira sedangkan mati itu di belakang kami, kubur di hadapan kami, kiamat itu janji kami, neraka itu memburu kami dan perhentian kami ialah Allah S.W.T..Menangislah saudara saudari di sini, sebelum kita menangis di sana..
WaLlahu a'lam..
Wednesday, September 23, 2009
Saturday, May 23, 2009
Debat SMI Hidayah, Johor Bahru






http://www.hidayah.edu.my/menengah/
Tanganku membantu
Thursday, May 21, 2009
Ingatkan kami
Al-Quds
TERIMA KASIH GURUKU
Pagiku cerahku
Matahari bersinar
Ku gendong tas merahku
Di pundak
Selamat pagi semua
Ku nantikan dirimu
Di depan kelasmu
Menantikan kami…
Ulang:
Guruku tersayang guru tercinta
Tanpamu apa jadinya aku
Tak bisa baca tulis
Mengerti banyak hal
Guruku
Terima kasihku
Nyatanya dirimu
Kadang buat mu marah
Namun segala maaf kau berikan
Hari Guru
Laskar Pelangi adalah sebuah movie yg mmbawa mesej tntg pendidikan ank2 penting wlpon dilanda kemiskinan.Siapa yg x menonton anda lah org yg rugi.Drpd tgk cite Bohsia baik tgk cite nie.Mcm mane nk tgk cite nie??Bnyk dpt BUNGA?Tanda guru HARUMKAN dunia.
Bnyk dpt PEN?Tanda guru MELAKAR kita
Bnyk dpt PEMADAM? Tanda guru MEMBETULKAN kesalahan kita
Bnyk dpt MESEJ?Tanda guru SENTIASA dalam ingatan
Bnyk dpt COKLAT?Tanda guru suka DIDAMPINGI
Bnyk dpt CEMUHAN?Tanda guru insan yang PENYABAR dan PENYAYANG.
Guru memang bijak melakar kita.membetulkan kesalahan kita.menyayangi kita.mengajar kita dan mendidik kita dengan sepenuh kasih sayang.Mereka mencurahkan ilmu kepada kita dengan belbagai jenis ilmu.Ilmu dunia, akhirat,agama,ibadat, sosial dan tak jemu memberi nasihat kepada kita.Tanpa guru siapalah kita.
My Family
- Samsulkamal..ayah (yg pkai kopiah tu)
- Zailila..ibu(tdg purple)
- Noor Syamila..kak long(tdg oren)
- Noor Sakinah..kak ngah(bertdg hitam)
- Afif..adik(yg tgh mnum air)
tak ar besar mane.family kecil-kecilan.cukup ar nnti bsr sngt x sggop nk jage.bile rmai sngt nnti muflis bapak aq.hahaha.
Saya selaku yg sulung baru sahaja menamatkan persekolahan di sekolah kesayanganku iaitu Sek Men Islam Hidayah, Johor Bahru.Insya Allah pada hari sabtu nie akan melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya dalam bidang Asasi Sains Fizikal.Doakan sayasemoga mampu menjalani kehidupan di sana sebagai seorang pelajar dan daie insyaAllah.Adik kedua saya Sakinah masih menuntut di SMI Hidayah, Johor di Ting 4 Ittihad dalam aliran sains.Adik saya yang ketiga a.k.a yg last masih lagi di bangku sekolah rendah iaitu Sekolah Kebangsaan Datuk Usman Awang, Kota Tinggi.
Ibu dan ayah saya sebagai guru di Sekolah Menengah Teknik Kota Tinggi.Ibu saya sebagaiguru media dan mengajar subjek Electric and Electronic Engineering.Ayah saya pula sebagai sebagai gr setiausaha peperiksaan dan mengajar subjek Civil Engineering.Wlpn kerja cikgu je, tp penat mendidik anak murid MasyaAllah tak terkata.So di sini saya nak mengucapkan Selamat Hari Guru buat ibu bapa saya.


