Thursday, May 21, 2009

Ingatkan kami




Tolong ingatkan saya


Andai saya terlupakan Allah


Dalam kelapangan dan kesibukan


Dalam kesenangan dan kesusahan




Tolong ingatkan saya


Jangan jadi anak derhaka


Jangan lupakan umi dan ayah


Jangan lukakan perasaan mereka




Tolong ingatkan saya


Supaya ingat pesan guru


Bukan sekadar peringatan


Tapi itulah tarbiyah


ingatkan sayaBaca dan dengarlah alQuran


Tika mp3 menjadi halwa


Tika tv jadi hiburan




Tolong ingatkan saya


Bahawa saya adalah Muslimah


Jika saya mendedahkan


pakaian disingkat atau diketat




Tolong ingatkan saya


Jadilah sahabat yang baik


Sentiasa memberi peringatan


Sentiasa menerima teguran




Tolong ingatkan saya


Bercinta hanya kepadaNya


Bercinta hanya untuk redhaNya


Moga cinta dihindari syaitan




Tolong ingatkan


Bahawa saya adalah Daie


Sentiasa berkerja keranaNya


Untuk Islam yang tercinta




Tolong ingatkan saya


Andai saya lupa hidup ini sebuah kembara


Kerana saya juga seperti


merasa nikmat Syurga!

No comments:

Post a Comment