Friday, July 22, 2011

Solat.indah nya Islam

slm sume.
Firstly, aku kagum dengan sesiapa yang mmpu buat seperti dlm video di bawah.Alangkah indahnya andai Islam di praktikkn begini skali




Solat Sebagai Asas Disiplin Hidup


Membanyakkan solat mudah, tapi menjiwai solat amat susah sekali. Bagaimana solat yang dijiwai mendisiplinkan kehidupan?

Di antara beberapa faktor penting yang menentukan kejayaan di dalam sesuatu usaha adalah sebagai berikut :

1. Ketepatan waktu
إِنَّ ٱلصَّلَوٰةَ كَانَتۡ عَلَى ٱلۡمُؤۡمِنِينَ كِتَـٰبً۬ا مَّوۡقُوتً۬ا

2. Ketepatan janji

قُلۡ إِنَّ صَلَاتِى وَنُسُكِى وَمَحۡيَاىَ وَمَمَاتِى لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ
Katakanlah: "Sesungguhnya solatku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. (Al-An'aam 6:162)

3. Jujur dan amanah

Ibadah solat ini hanya melibatkan manusia dengan Tuhan. Hanya Tuhan yang menjadi saksi akan perbuatannya itu.Rasulullah ﷺ bersabda: “Ihsan itu ialah kamu beribadat (menyembah Allah) seolah-olah kamu melihat-Nya sekiranya kamu tidak dapat melihat-Nya, maka (yakinlah) Allah tetap melihatmu.” (Muslim) Orang yang tetap mengerjakan solat baik di tempat ramai mahupun sendirian ertinya ia jujur pada dirinya dan Allah.

قَدۡ أَفۡلَحَ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ ٱلَّذِينَ هُمۡ فِى صَلَاتِہِمۡ خَـٰشِعُونَ
"Sesungguhnya kemenangan bagi orang mukmin yang khusyuk di dalam solat." (Al Mukminun:23:1-2)
Kemenangan yang dimaksud adalah kejayaan dunia dan akhirat. Anak kunci kejayaan telah tersedia. Inilah peluang untuk kita merebutnya. Oleh itu marilah sama-sama memahami, melaksanakan dan mengemaskan solat serta tuntutannya untuk menjamin kejayaan hidup dunia dan akhirat.

artikle di rembat dr cnie

No comments:

Post a Comment