Aisyah Humaira’ benar-benar keliru dengan sikap kekasihnya. Siang, malam, mesejnya satu pun tidak berbalas. E-mailnya terus lengang seiring dengan waktu yg terus berlalu. Dia sangat tertekan pada waktu itu. Aisyah Humaira’ memerlukan seseorang untuk menjadi tempat luahan bicaranya, tempat mengadu segala keperitan, tempat berkongsi suka dan duka.
Masih segar lagi diingatannya sewaktu dia dan Amirul Hakim bersama,kemana sahaja tentu mereka akan berdua. Setiap kali hujung minggu, sudah tentu panggung wayang akan menjadi destinasi utama mereka. Duduk berdua-duaan menjadi perkara yg amat dinantikan olehnya. Namun kini, semua itu hanya tinggal kenangan.
Amirul Hakim bukan kekasih yg dikenalinya dulu, dia kini tidak lagi bersamanya untuk berkongsi suka dan duka. Janji-janji manis Amirul Hakim untuk bersama-sama membina istana berlandaskan syariat seakan-akan terkubur kini.
“Kau jantan penipu! Kau pendusta! Aku benci kau!”
hari demi hari, hati Aisyah Humaira’ makin kuat menjerit melepaskan kebencian, namun yg berkunjung hanyalah kerinduan terhadap seorang mahluk yg bernama lelaki itu.
Sehinggalah pada suatu hari, AisyahHumaira’ bertemu dengan seorang gadis di sebuah program motivasi. Pertemuan didalam sebuah majlis yg singkat itu tidak diduganya membuahkan sebuah persahabatan yg berkekalan. Gadis itu amat lembut pekertinya. Auratnya dijaga rapi dan tutur katanya diatur sempurna.
Zinnirah, itulah nama yg diungkapkan gadis itu sewaktu Aisyah Humaira’ menghulur tangan tanda perkenalan. Mulanya Aisyah Humaira’ tidak tertarik untuk mendekati gadis itu, namun kepetahan dan kebijaksanaannya berbicara, akhirnya hati Aisyah Humaira’ tertarik untuk mengenalinya dengan lebih rapat.
Sejak mengenali Zinnirah, Aisyah Humaira’ mula mendekati Islam sebenar-benarnya. Itu tidaklah bermakna Aisyah Humaira’ yg dahulu jauh daripada agama, namun kini dirasakannya perjalanan kehidupannya lebih terpelihara. Jika dahulu dia memakai tudung gaya moden yg menonjolkan dadanya, kini tudung itu menjadi bertambah labuh.
Jika dahulu, T-shirt dan jeans menjadi pilihan pemakaian hariannya, kini jubahlah pula yg menjadi pembalut tubuh agar tidak menjadi bahan tatapan lelaki-lelaki berhidung belang. Hari demi hari, Aisyah Humaira’ seakan-akan mampu melupakan Amirul Hakim. Kini Zinnirah lah dunianya, segala masalah dikongsikan bersama. Kehadiran Zinnirah mampu menggantikan tempat Amirul Hakim. Yang anehnya, Zinnirah seolah-olah seperti Amirul Hakim versi wanita baginya.
Semakin hari, semakin ramai yg gemar untuk berdampingan dengan Aisyah Humaira’ . Dia amat bahagia kini kerana dikurniakan ramai sahabat yg ada untuknya meluahkan rasa suka dan duka. Ramai pemuda cuba untuk mendekatinya, namun Aisyah Humaira’ segera menolaknya kerana dia sedar, cinta kepada seorang lelaki mampu membunuhnya.
Apa yg dinantikannya kini hanyalah CINTA kepada ilahi dan bukannya cinta sementara rekaan syaitan bertunjangkan hawa nafsu. Cinta selepas kahwin menjadi idamannya kini. Bila dan siapa orangnya, biarlah Allah sahaja yg menentukannya.
Kini genaplah lima tahun pengajiannya di Institut Perguruan Raja Aidil Mazwar. Minggu hadapan, dia akan mula bercuti. Aisyah Humaira’ sudah mula sibuk mengemaskan barang-barang untuk pulang ke kampung halaman. Tiba-tiba Zinnirah datang mengirimkan sepucuk surat kepada Aisyah Humaira’. Tanpa sebarang bicara, Zinnirah berlalu pergi. Perlahan-lahan, Aisyah Humaira’ membuka sampul surat berwarna biru itu. Hatinya berdebar-debar, kerana dia kenal benar dengan tulisan tangan disampul surat itu. Tulisan insan yg pernah membuat hidupnya sengsara dahulu.
Assalamulaikum,
Kehadapan Aisyah Humaira’, gadis yg selalu kusayangi sejak dahulu, kini dan InsyaAllah, untuk selama-lamanya. Maafkan diriku kerana telah lama menghilang tanpa sebarang berita. Aku pergi bukan kerana ingin meninggalkanmu tapi aku pergi kerana aku mahu mencari CINTA dariNya.
Mungkin dahulu aku pernah membawamu kedunia penuh kelalaian. Atas desakan hawa nafsu, aku mengajakmu melanggar batas-batas syariat. Mujur, aku tersedar lalu kutinggalkan kamu sendirian merangkak dalam kepayahan. Aku turut berduka kerana kehilanganmu. Siang, malam, hari-hariku terasa perit tanpa adanya kamu.
Mungkin kau tidak menyedari, aku sering memerhatikan kamu. Mesej-mesej pertanyaan khabar darimu sengaja kubiarkan tidak berbalas. Maafkan aku.
Kuhadiahkan kamu adikkku, Zinnirah sebagai penggantiku, teman sewaktu kamu senang dan susah. Segala perkembangan tentang kamu, selalu kutanyakan kepada adikku. Kadang-kadang ada juga kau mengeluh tentangku, saat itu, aku terasa berat untuk menjauh darimu.
Namun, aku perlu berbuat begitu, kerana aku perlukan masa untuk mengambilmu sebagai isteri. Ilmu agama perlu kuperdalami, ilmu dunia perlu kutuntut agar aku mampu mencari rezeki buat kita berdua.
Kini sudah tiba masanya untuk ku sunting dirimu. Apa yg perlu kau tahu, saat kamu membaca surat ini, rombongan meminang telah pun kuhantar kerumahmu. Kuharap kau sudi untuk menerimaku sebagai suamimu.
Sekian, wasalam.
Yg Benar,
Amirul Hakim.
Aisyah Humaira’ terdiam seketika, hatinya berbunga. Dalam esakan tangisan dia tersenyum. Dia bahagia kini. Tidak disangka, insan yg dahulunya dianggap pengkhianat, penipu dan pembelot rupa-rupanya seorang kekasih yg sejati.
Benarlah, begitu indahnya cinta andai ada CINTA kepada Allah Yang Maha Esa.
Aisyah Humaira’ mula menyambung kembali tugasnya. Tidak sabar untuknya pulang menanti hari-hari bahagia apabila dia dan Amirul Hakim disatukan nanti. Indahnya hidup berlandaskan syariat, itulah kisah Amirul Hakim dan Aisyah Humaira’ ,
kita bagaimana??!!
No comments:
Post a Comment