Friday, October 29, 2010

Santapan Akal




Kali pertama bumi diciptakan, katanyabumi ini selalu bergoncang, bergoyang dan tidak berputar dengan tidak stabil malah tidak berputar diatas paksi nya.Perkara ini merunsingkan malaikat lalu para malaikat menghadap Allah SWT...

"Wahai Rabb yang Maha Mengetahui...mengapa bumi ini bergoyang?" tanya para Malaikat.

"Kerana belum dipaku."Jawab Allah singkat.

"Lalu bagaimana kau memaku bumi wahai Rab?"tanya Para Malaikat.

"Aku menciptakan gunung ganang."Jawab Rab.

Setelah itu Allah terus menciptakan gunung-ganang di belbagai belahan bumi.Apa yang terjadi sememangnya benar setelah diciptakan gunung-ganang, bumi pun diam kemudian berputar sesuai paksi nya.Maka kemudian gunung pun dikenali sebagai paku bumi yang diciptakan Allah SWT.

Paku merupakan benda keras yang diperbuat daripada besi.Setelah Allah menciptakan paku bumi iaitu gunung-ganang, kemudian para malaikat pun bertanya lagi.

"Ya Rab, adakah yang lagi kuat dari paku?"

"Ada!" jawab Allah."Iaitu api yang panas nya dapat melelehkan besi."

"Adakan yang lebih kuat lagi selain api. Ya Rab?"tanya malaikat lagi.

"Ada!Yakni air yang dapat memadamkan api."jawab Allah lagi.

"Jadi Ya Rab, adakan yang lebih baik selain dari air?"sambung malaikat.

"Ada iaitu angin yang kernanay dapat membawa air kemana pun ia menghembus."jawab Allah lagi.

"Tapi Ya Rab, adakah yang lebih kuat dari semua itu( gunung-ganang, air,angin)?"Malaikat bertanya lagi.

"Ada!iaitu nafas hamba- Ku yang berdoa kepadaKu. Kerana sesungguhnya doa itu mampu mengubah takdirKu"..Demikian Allah SWT menjelaskan.

[HADIS QUDSI]

~dipetik dari buku Diari Sufi hadiah dari Nadhirah Khairuddin sempena ulang tahun ku~

Sabda Rasulullah SAW:"Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang terus menerus berdoa."
[Hadis riwayat Al-Auzai]

No comments:

Post a Comment