Tuesday, August 17, 2010

Jalan Menuju Hati



Dalam hal ini, elok jika kita semua bersama-sama membaca buku tulisan Prof Dr Taufiq al-Waiy bertajuk Kekuatan Sang Murabbi.

Ini merupakan buku mutaakkhir yang secara peribadinya ana rasa amat membantu dalam membentuk kita menjadi seorang murabbi.

Jika kita benar-benar berada di atas jalan dakwah ini, tentu siang dan malam kita akan berfikir tanpa lelah; bagaimana memasukkan iman dan islam di dalam hati manusia yang kita temui.

Jika kamu melihat gelagat masyarakat umum sekarang, mungkin kita akan merasai betapa sukarnya untuk kita mengubah hati dan perasaan mereka kepada Islam.

Melihat si wanita yang berseluar sendat dan berbaju ketat. Apatah lagi tudung yang dipakai sekadar menutup kepala, bukannya keseluruhan aurat, maka kita terfikir, mampukah kita mengubah mereka? Mampukah kita menjadikan diri mereka jijik dengan jahiliyah dan menjadikan mereka cinta kepada Islam?

Menjadikan mereka rasa bahawa Islam itulah kehidupan mereka dan cahaya diri mereka.

Wahai orang-orang yang beriman, sambutlah seruan Allah dan RasulNya apabila Dia menyeru kamu kepada sesuatu yang menghidupkan kamu. Ketahuilah bahawa Allah itu berada di antara seseorang itu dengan hatinya dan sesungguhnya kepadaNyalah kamu akan dihimpunkan. ( Anfal :24)

Menjadikan mereka sangat merasai, bila diseru kepada Allah, terus disambut seruan tersebut kerana itulah seruan yang menjadi nafas kepada kehidupan mereka.

Bagaimana kita nak buat tu?

Payah bukan?

Selepas pulang dari hospital terus sahaja aku menuju ke bilik Sarah, adikku. Hajat di hati untuk menghidupkan iman setelah seharian bekerja memenuhi tanggungjawapku di hospital.

Sarah, camne eh nak ubah adik-adik kita tu. Semalam tengok gambar2 dalam FB mereka cam dahsyat jugalah...’

Sarah tunduk kaku sambil menatap bukunya.

‘ Dulu k aisyah nampak sarah camne?’

Terus aku terdiam dan berfikir. Tentu Sarah dahulu bukanlah seperti Sarah yang ada di depanku sekarang.

Malam itu juga aku membuzz seorang ukhti yang amat kagumi keperibadiannya.

‘ Camne eh? Saya risau saya tak dapat nak sentuh hati adik2 tu. Tengok gambar FB cam kene istighfar jugalah..’

Mungkin mata aku sendiri jarang melihat kawan2 sekerja aku memakai seluar dan baju ketat. Paling kurang mereka memakai skirt paras atas sedikit dari lutut dan berstokin panjang menutup gebu di peha. Walau seksi, tapi tak terlalu seksa memandang.

Ini seorang melayu islam, bertudung, tapi pakaian seluarnya seolah-olah melilit keseluruhan kakinya. Belum lagi pakaian atasnya... Memang akan tergoda amat iman seorang lelaki kalau begini..

Adakah aku terlalu kaku dalam duniaku sendiri?

( Wake up aisyah! Tulah , duduk dengan orang2 baik sahaja..)

‘ Aisyah, kalaulah tengok balik gambar saya waktu saya first year dulu, macam nak tergelak juga kot...’ukhti itu membalas ringkas di dada YM.

Benar, jalan ini menukilkan banyak kisah-kisah luar biasa perubahan manusia.

Banyak menyaksikan pakaian-pakaian pendek dan ketat dibuang, dan berganti dengan jubah dan tudung labuh.

Begitu juga kenangan-kenangan indah bersama teman istimewa dibuang sejauhnya setelah mengimani jalan ini .

Bukankah pakaian, boyfren serta hiburan-hiburan yang menjadi mainan mereka itu berlaku kerana hati mereka yang belum lagi tersibghah dengan Islam?

Bukankah kerana hati mereka belum mengenal Islam dan merasai manisnya iman itu?

Dari satu sudut lain kita melihat, ada segolongan manusia yang hebat mempromosi program-program Islam, malah menjadi tunjang kepada program Islam tersebut.

Namun dari sudut pakaian, dan pergaulan mereka adalah sesuatu yang mendukacitakan.

Bagaimana dalam satu keadaan kita mengajak kepada kebaikan, namun pada satu sudut lain, kita memadam kebaikan itu dengan jahiliyah kita?

Kita mahu manusia berubah sedangkan kita tak berubah.

Bagaimana kita nak mengetuk paku jika tukulnya tumpul?

Mengapa ini semua boleh berlaku?

Dalam masa yang sama kita melihat mereka yang saban minggu tidak pernah meninggalkan usrah, malah menjadi tunjang utama dalam gerakan dakwahnya, namun pada sisa waktu yang ada, masih memberi ruang untuk nafsunya melayan game mahupun movie koreanya.

Bagaimana mungkin seseorang itu mempunyai dua hati sedangkan dalam wahyu disebutkan kita hanya ada dua pilihan sahaja, nafsu dan wahyu.

’Pilihlah, sama ada mahu menerima syariat Allah ataupun mengikut keinginan orang-orang yang jahil.Tiada andaian yang ketiga dan tidak ada jalan tengah di antara syariat yang lurus dan nafsu yang berubah-ubah. Sesiapa sahaja yang meninggalkan syariat Allah sebenarnya bertindak berhukumkan nafsunya. Tiap-tiap sesuatu yang lain dari syariat Allah adalah nafsu yang terperosok ke dalamnya orang yang jahil.” ( Syed Qutb)

Apabila kita menggabungkan diri kita dalam Islam, seharusnya kita menggabungkan keseluruhan inti perasaan, harta dan diri kita untuk Islam.

Syed Qutb menyambung lagi dalam zilalnya:

Syariat hanyalah satu iaitu syariat Allah. Selain dari itu hanyalah nafsu yang bersumberkan kejahilan. Pendokong dakwah wajib mengikuti syariat -syariat Allah sahaja dan meninggalkan segala keinginan-keinginan nafsu. Mereka tidak boleh menyeleweng dari syariat dan tidak boleh cenderung kepada nafsu walau sedikitpun.

Jika masih ada ruang, walau sedikit pun untuk memenuhi kehendak nafsu kita, ( dan kita pun tertipu dengan kilauan pelbagai nama, atas nama dakwah, atas nama islam), maka hati kita belum sebulatnya lagi untuk Islam.

Terkadang kita terlalu bermudah-mudah dengan perasaan kita..

‘ takpelah adik-adik suka tengok movie.. nilah time nak DF’

‘ kalau dengan budak2 laki ni kene main game, kalau tak main game, takleh nak masuk arh..’

‘ kene juga kot tahu lagu2 zaman sekarang, karang tak tahu nak borak apa bile adik2 tu borak.’

Lambat laun kita sendiri tertipu dengan perangkap syaitan dan jatuh terjerumus ke lembah jahiliyah.

Terkadang kita menjadikan islam itu sebagai tampalan untuk membenarkan kehendak kita sendiri.

Sedangkan Allah memberi amaran keras buat kita dalam hal ini.

أَفَرَأَيْتَ مَنْ اتَّخَذَ إِلَهَهُ هَوَاهُ وَأَضَلَّهُ اللَّهُ عَلَى عِلْمٍ

“Adakah engkau lihat orang yang mengambil nafsunya menjadi Tuhannya dan Allah menyesatkannya kerana mengetahui (kejahatan hatinya)/selepas didatangi ilmu kepadanya.”

(Al-Jatsiyah 45: 23)

Sudahkah kau melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Ilahnya? Maka dapatkah engkau menjadi pelindungnya? ‘ Furqan : 43

Yang berubah bukan fizikal kita, yang berubah adalah perasaan dan hati kita.

Apabila kita masih nak dan sayang sangat pada jahiliyah, susah sangat nak tinggalkan game, movie dan hobi sia-sia kita, maka sebenarnya perasaan dan hati kita masih sayangkan pada jahiliyah.

Seperti mana kata Rasulullah pada seorang sahabat yang mulia, ‘ Dari diri kamu masih ada jahiliyah,’ ketika hanya dia memperkatakan pada sahabat yang mulia ‘ wahai budak hitam!’

Itu jahiliyah pada kata-kata sahaja. Alangkah sedihnya Rasulullah melihat kita yang perasan membuat kerja-kerja dakwah, namun sebenarnya kita masih berselingkuh dengan jahiliyah yang amat berat.

Dalam hal ini Syed Qutb meneruskan:

Tiada manhaj/sistem alternatif bagi orang yang beriman untuk dipilih. Tiada jalan baginya untuk dicampur adukkan antara satu sama lain. Tidak sekali-kali. Sesiapa yang tidak masuk Islam secara keseluruhannya, tidak menyerahkan dirinya secara ikhlas kepada kepimpinan Allah dan syariatnya dan tidak membebaskan diri dari sebarang tasawwur, konsep, manhaj dan syariat yang lain, MAKA sesungguhnya dia telah mengikut jejak langkah dan melalui jalan syaitan.

Takkan boleh bercampur nasi dan najis. ( seperti teguran seorang sahabat saya di waktu form 1 ketika saya sangat suka baca buku2 islam, tapi masih suka layan lagu boyband seperti take that dan backstreet boys)

Bila kita memasukkan Islam dalam jiwa kita , when we embrace Islam, maka kita perlu masuk keseluruhan di dalamnya.

Saya tak maksudkan secara ucapan dan kehadiran dalam usrah.

Tapi jiwa, raga, fikiran dan keseluruhan hidup kita mesti untuk Islam.

Dan bila dikatakan Islam, itulah dakwah, tanpa ada pencanggahan mahupun perbezaan antara keduanya.

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا ادْخُلُوا فِي السِّلْمِ كَافَّةً وَلَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ

“Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam seluruhnya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan.” (Al-Baqarah 2: 208)

Pernah terfikirkan mengapa ucapan kita tidak dapat mengubah hati dan perasaan anak binaan kita? Malah mengapa mereka tidak meningkat atau berperangai sama seperti kita? Malah melarikan diri dari kita?

Kerana kita masih lagi sukar untuk mencabut jahiliyah dari diri kita.

Bagaimana mungkin kita dapat mengubah manusia jika kita sendiri belum bertajarrud dan merasai manisnya iman itu sendiri.

Malam itu aku melihat Sarah serta ikhwah akhawat lain yang menjadi manusia luar biasa setelah berubah dari jahiliyah kepada Islam.

Mereka benar-benar berubah dan terkadang teramat kagum melihat mereka yang jauh lebih baik dari kita yang sudah lama ditarbiyah ini.

Tentu yang mengubah mereka bukanlah otak.Otak tidak menggerakkan dan mengubah manusia. Tetapi akal yang terletak pada hatilah yang akan mengubah dan mentransformasi manusia itu.

.... mereka menjadi orang-orang yang ada hati yang dengannya mereka dapat befikir atau ada telinga yang dengannya mereka dapat mendengar? kerana keadaan yang sebenarnya bukanlah mata kepala yang buta, tetapi yang buta itu ialah mata hati yang ada di dalam dada. al-hajj: 46

Perasaan dan hatilah yang mengubah manusia.

Jika kamu mahu mengubah manusia, malah mahu manusia mengikut suruhan dan tunjuk ajarmu, maka ubahlah hati dan perasaan mereka.

Begitulah ajaibnya islam dan Quran mengubah manusia.

Buku mathematik dan PHD takkan mampu membuatkan kita menangis. Namun ayat-ayat dalam novel dan serta filem di kaca TV sering menyebabkan air mata kita tumpah tanpa kita sedar.

Begitu juga Quran dan Islam. Jika kita memberikan teori dan memuntahkan ilmu tanpa meninggalkan bekas di hati, adakah mampu kita berubah, atau mengubah manusia?

Adakah mampu membuatkan dia menangis? Menjadikan dia insaf? Menjadikan dia mencabut jahiliyahnya?

‘ Camne nak ubah orang eh, k aisyah?’

Memang comel adikku itu, terkadang soalan itu yang aku tanya, itu juga ditanya kembali.

Perlu mengubah hatinya dahulu.

Perasaannya.

Merasai manisnya iman itu.

Sehinggalah luaran dan fizikalnya akan mengikut rentak hatinya.

Ada d antara manusia yang mengambil selain dari Allah sebagai sekutu Allah, mereka mencintainya, sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta kepada Allah .... (baqarah: 165)

Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu dan Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. Ali-imran : 31.

Kerana itu terkadang kamu melihat orang yang memang sudah sedia baik, namun hatinya belum lagi tersibghah dengan islam. Perasaannya belum lagi all out utk dakwah. Maka kamu akan lihat, walaupun dia mengerjakan semua amalan fardhunya, namun dia masih sibuk dengan perkara-perkara remeh yang dapat mengisi kekosongan jiwanya.

Sedangkan masanya itu pasti dicemburui oleh hassan albana, kerana sesungguhnya masa terluang itulah patut digunakan untuk dua perkara sahaja:

i) belajar tentang islam/quran

ii) mengajarkan tentang islam/quran

Dalam erti kata lain, hidupnya perlu untuk samada ditarbiyah, atau mentarbiyah manusia lainnya.

Maka perasaan, jiwa, hati dan hartanya hidup semata-mata untuk tarbiyah dan dakwah.

Itulah dia manusia Tuhan, manusia Rabbaniyuun. .

Tidaklah patut bagi seseorang manusia yang Allah berikan kepadanya Kitab agama dan hikmat serta pangkat Nabi, kemudian dia tergamak mengatakan kepada orang ramai: Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang menyembahku dengan meninggalkan perbuatan menyembah Allah. Tetapi: Hendaklah kamu menjadi orang-orang Rabbaniyin kerana kamu sentiasa mengajarkan isi Kitab Allah itu dan kerana kamu selalu mempelajarinya. Aliimran: 79

Esok episod seterusnya bersama adik2 farmasi kami.

Bagaimana keadaan mereka dalam kekusutan exam mereka ( summer school ada class test every week)?

Mahukah mereka menerima kami dalam hati mereka....

Dari keterbukaan itu, adakah mereka mampu mendengar apa yang kami mahu perkatakan?

Mampukah itu mengubah hati mereka, dan menjadi mereka berfikir dan mahu mendengar lagi kalimah-kalimah Allah?

Mampukah mereka merasai nikmatnya hidayah dan iman serta cahay itu, dan menjadikan mereka benci pada kegelapan?

Dan adakah orang yang mati , kemudian Kami hidupkan dia semula dan Kami jadikan baginya cahaya sehingga dapatlah dia berjalan dengan suluhan cahaya itu, sama seperti yang tinggal tetap di dalam gelap-gelita (kufur), yang tidak dapat keluar sama sekali daripadanya? al-anaam: 122

No comments:

Post a Comment